Tuesday, May 12, 2009

Ke Mana Wang Anda oleh Hjh Rohani DHMS

Penulis merupakan seorang yang sangat berkelayakan untuk berbicara mengenai pengurusan kewangan. Dengan latarbelakang yang hebat dan pengalaman menguruskan syarikat amanah saham khusus untuk wanita dan kini bertugas sebagai perunding kewangan.
Intipati buku ini mencakupi perancangan kewangan keluarga, cara-cara menguruskan perbelanjaan keluarga, bagaimana untuk membuat pelaburan untuk anak-anak dan menyediakan diri untuk masa hadapan. Beliau menyelitkan ayat-ayat AlQuran dan hadis yang berkaitan untuk menguatkan hujah beliau. Buku ini boleh menjadi rujukan yang penting untuk kita berada di landasan yang baik demi memastikan pengurusan kewangan yang sempurna. Miliki sekarang, dan yang penting amalkan jika berupaya.

Senarai kandungan;-
Bhg 1- Merancang Kewangan
Bhg 2- Meguruskan Perbelanjaan
Bhg 3- Pelaburan Untuk Anak-anak
Bhg 4- Hidup Selesa Tanpa Hutang
Bhg 5- Peluang Tingkatkan Pendapatan
Bhg 6- Persediaan Masa Depan

"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalanya kecuali tiga perkara;sedekah jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan doa daripada anak yang soleh."(Riwayat Bukhari)

Dr AzmanMSharif
JK 2.08pm
13/5/09

Monday, May 4, 2009

Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh Shamsuddin Kadir



Shamsuddin kadir memang seorang yang arif mengenai kewangan, malah secara aktif memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan kewangan yang baik kepada umum. Beliau juga seorang motivasi terkenal.

Buku yang dihasilkan pada tahun 2007 ini wajar dimiliki oleh semua orang terutamanya mereka yang hampir memasuki alam pekerjaan dan berpendapatan sendiri. Walaupun tajuknya 'Hidup Tenang Walaupun Berhutang' kesimpulan buku ini ialah kita hendaklah menghindarkan dari membuat HUTANG TIDAK PERLU.

Penulis memulakan dengan cerita tipikal kita dari seorang yang 'zero liabiliti' menjadi 'forced muflis' (minta dijauhkan..). Banyak penerangan dan langkah-langkah yang praktikal dan wajar disarankan oleh beliau. Kalau seorang yang berumur 20'an membaca buku ini dan mengikuti nasihat-nasihat beliau, saya yakin dia adalah seorang yang biasa tetapi sangat bahagia dengan hidupnya.

Penulis banyak menekankan bahaya kad kredit dengan angka-angka yang boleh kita ambik iktibar darinya, cara mengatasi dan akhirnya mencapai status ' a guy who do not need a credit card'.

Antara tip paling berguna:

1. Kawal Nafsu
2. Sederhana
3. Belanja ikut belanjawan
4. Beri dahulu baru terima
5. Pinjaman baik
6. Simpanan berterusan

Sebuah karya yang patut dimiliki dan diikuti.

Salam

AzmanMSharif
Jln Kebun 13.59pm
5/5/09

p/s Kearah Bebas Hutang