Friday, April 24, 2009

Sistem Kedai Online dengan zencart oleh Saifulsham


Buku ni seronok baca dan banyak ilmu. 176 ms. Lebih akademik. Sebagaimana tajuknya ia menerangkan langkah-langkah membuat kedai online menggunakan zencart(rupa-rupanya banyak lagi seumpamanya).

Antara langkah yang dinyatakan seperti memilih produk(1), perkara perlu ada(3), cara menerima bayaran(4), membina secara auto(6) dan manual(7) dan akhirnya bagaimana mengurus kedai (8), kaedah hantaran(9). Cuma saya yang tak ada basik online marketing agak blur dan tak berapa memahami banyak benda.

Namun saya yakin, dengan gaya bahasanya yang mudah, santai, saya rasa sangat praktikal. Saya yakin saya boleh mengikuti arahan dan tunjukajar yang di berikan. Setelah saya berjaya nanti saya akan uar-uarkan diblog saya ini. Kalau saya yang zero ilmu boleh berjaya, buku sdra sabri dan sazwan sangat berjaya dan mudah. Syabas.

AzmanMSharif
Jalan Kebun
24/4/09

p/s boleh juga order dengan saya; email ke jutawanmarhaen@yahoo.com.my

p/s bole

Salam Pengenalan

bismillahirahmannirrahim.

Sebelum memulakan apa jua aktiviti baik kita mulakan dengan doa semuga usaha kita diberkati Allah.

Saya newbie dalam dunia blog. Minat mula timbul setelah buku pertama saya(pasti bukan terakhir) insyaAllah akan terbit sedikit masa lagi. Buku saya biar orang lain review. Pastinya blog akan di update, upgrade dari masa kesemasa.

Tujuan saya mengujudkan blog ini adalah nak berkongsi apa yang saya baca kepada ramai orang. Selama ni saya baca untuk diri saya. Kadang-kadang saya beri maklumat kepada kakitangan saya semasa mesyuarat mingguan ataupun share dengan 'the other half of me' kat rumah. Kali ni saya akan beri ulasan diblog ini untuk tatapan umum.

Harapan saya adalah ia menjadi sumber maklumat dan menerbitkan rasa cinta untuk membeli dan membaca buku. Terutamanya dari penulis kita sendiri. Supaya satu masa nanti bilangan buku terjual sentiasa melebihi 50,000 untuk menyemarakkan lagi industri penerbitan buku Melayu dan Malaysia. Yang menulis pun sentiasa teruja untuk meneruskan kreativiti mereka. Analoginya seperti artis kita; dulu orang kata artis tak boleh kaya, sekarang ramai artis yang juta-jutawan. Rasanya di Malaysia ni tak ada lagi penulis yang jutawan dari hasil royalti buku mereka(betulkan saya jika saya salah).

Harapan lain adalah ia juga menjadi medan pengulas buku mengulas buku bersama-sama disini atau membuat pautan disini. Cita-cita ini akan sentiasa diingati(tunggu bila saya dah pro!)

Akhir sekali, selamat membaca. Yang Baik dari Allah jua, yang kurang dari insan yang kerdil ini.

Wasalam.

AzmanMSharif
Jalan Kebun 1625pm
24/04/09