Tuesday, June 9, 2009

Personal Financial Planning in Malaysia by Dr Lee Boon Keng

Sebuah buku yang sangat bagus untuk merancang kewangan peribadi terutamanya bagi mereka yang mementingkan nombor-nombor dan formula-formula asas seperti bagaimana mengira kadar pengurangan wang kita berbanding inflasi, penggandaan wang pelaburan, percukaian dan menganggarkan kesan inflasi terhadap wang persaraan kita.

Buku ini ditulis di Singapura walaupun penulisnya rakyat Malaysia dan di sokong oleh CitiBank, namun ia telah di ubahsuai untuk kesesuaian pembaca Malaysia terutamanya dari segi percukaian dan akta yang berkaitan.

Walaupun dalam Bahasa Inggeris, ia mudah difahami,ditambah pula menggunakan tulisan yang besar.

Kandungan(di terjemahkan)
1. Asas perancangan kewangan
2. Menguruskan cukai
3. Menguruskan Kad Kredit
4. Menguruskan Insuran
5. Menguruskan pelaburan
6. Keperluan estet Persaraan

Sesiapa yang ingin serius untuk memastikan perancangan kewangan peribadi lebih terjamin dan tersasar, buku ini wajib untuk dibaca.


Dr Azman
JK 12:45pm
10/6/09

Tuesday, June 2, 2009

Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda oleh Ammar Mahmood


Dalam usia yang masih muda, Amar Mahmood telah menjadi pakar terapi minda yang berjaya. Buku sekuel dari Minda Jutawan ini, menyusuri bagaimana minda boleh mengubah hidup kita. Walaupun 'kaya' sebagai konotasi buku ini, perubahan minda yang kaya akan meningkatkan kehidupan kita dari segi kewangan, komunikasi atau sosial hidup kita.

Bahagian pertama menceritakan asas kepercayaan kekayaan yang lama dan yang sepatutnya kita amalkan, membuka minda baru dan melepaskan kepercayaan salah untuk membuka ke arah kekayaan yang baru.

Bahagian kedua ialah bagaimana menarik kekayaan dengan hanya menukar cara kita berfikir dan percaya. Menekankan bahawa 'luck' bukanlah kebetulan sebaliknya telah terancang secara sistematik dalam minda kita. Afirmasi dengan kata-kata yang merujuk kearah kekayaan sangat penting bagi menghasilkan kekayaan yang nyata.

Bahagian ketiga menceritakan kaedah dan emosi bagaimana menggunakan kedua-dua tenaga ini untuk menghasilkan kekayaan.

Manakala bahagian keempat menyentuh sumber kekayaan terbesar dari Tuhan, rahsia kekayaan Nabi Muhammad dan cerita-cerita dermawan biliowan barat. Ciri-ciri lain seperti memohon ampun, memaafkan, bersyukur, berkasihsayang dan menambahbaik silaturahim akan menambahkan kekayaaan sebagaimana termaktub dalam ajaran Islam yang dinyatakan dalam AlQuran dan hadis.

Sangat sesuai untuk bacaan semua golongan terutama golongan yang masih berfikiran negatif dan sentiasa mendapati sukar untuk kaya atau mustahil untuk kaya.


Selamat membaca

Azman
JK 17:42pm
2/6/09