Tuesday, July 5, 2011

HOW I RAISED MYSELF FROM FAILURE TO SUCCESS IN SELLING by FRANK BETTGER

Frank Bettger merupakan drop out sekolah yang memasuki sukan baseball sehingga ke Liga utama Amerika sebelum kecederaan memaksa beliau bersara dan mencari pekerjaan lain. Bettger menceburi bidang jualan insuran tanpa pengetahuan yang cukup menyebabkan beliau kecewa dan hampir putus asa sebelum bertemu dengan pakar motivasi terkenal Dale Carnegie. Seterusnya beliau mencatatkan apa yang telah beliau lalui sehingga menjadi salah seorang penjual terhebat di zaman 50an.

Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian.

Bahagian 1 menceritakan ciri-ciri asas kejayaan dari kegagalannya iaitu:-

1. Bersemangat
2. Berjumpa pelanggan dan menyimpan rekod
3. Keyakinan diri
4. perancangan dan merancang

Bahagian 2 mencerahkan formula kejayaan dalam jualan

1. Cari kemahuan pelanggan
2. Tunjuk keperluan pelanggan
3. Bertanya soalan
4. Cari kemahuan atau sebab sebenar
5. bertanya soalan kenapa/why
6. Ketahui sebab sebenar penolakan
7. Bersedia mendengar

Bahagian 3 berkenaan 6 cara memenangi keyakinan pelanggan

1. Berpengetahuan penuh tentang produk dan kompetitor
2. Pengetahuan mutakhir
3. Akui kehebatan kompetitor
4. Jujur memberi maklumat
5. Testimoni
6. Personaliti, gaya dan pakaian hebat


Bahagian 4 ialah bagaimana membuatkan pelanggan menyukai kita

1. Menjadi kawan
2. Senyuman ikhlas
3. Ingati nama dan latarbelakang pelanggan
4. Libatkan pelanggan dalam membuat keputusan
5. Mengakui kesilapan/kesalahan/kekurangan

Bahagian 5 ialah langkah menjual

1. Terbeli sebelum menjual
2. Temujanji
3. Hargai pembantu pelanggan; setiausaha, operator telefon, pembantu khas
4. berlatih
5. demo
6. referral
7. skil close sale

Bahagian 6 khusus mengajak pembaca supaya jangan takut kepada kegagalan sebaliknya menjadikan kegagalan satu pendorong mencapai kejayaan.

Buku ini harus dibaca kepada mereka yang baru memulai bidang jualan atau merasakan sangat sukar menguasai bidang jualan.

AzmanSharif
PulauIndah
12.20pm